Selepas penemuan dua mayat semalam dan pagi tadi, operasi SAR diteruskan bagi mencari tujuh lagi mangsa yang hilang. Namun, operasi pencarian ini agak mencabar apabila cuaca hujan melanda menyebabkan operasi terpaksa dihentikan seketika sebelum disambung semula. Untuk mendapatkan perkembangan terkini operasi mencari dan menyelamat di Batang Kali, terus bersama rakan setugas Fareez Azman.
